Menu

BUBUR ASYURA PERLIS


Bila masuk saja bulan Muharram, masyarakat kampung di utara terutamanya di Perlis akan berpakat untuk mengadakan gotong-royong menyediakan Bubur Asyura. Dapur Cita nak kongsi resepi versi kawah...

Bahan A
  • 4 kg tepung beras (dibancuh dengan air supaya tidak berketul)
  • 3 kg gula
  • 4 kilo santan
Bahan B
  • 1 kg kacang hijau
  • 1 kg kacang merah
  • 1 kg keledek (dipotong)
(Semua bahan di rebus sehingga hampir empuk dan ditoskan)

Bahan C
  • 7 tongkol jagung (dihiris)
  • 2 tin jagung krem
  • 3 sisir pisang mas (dipotong)
  • 200 g halia (diblen dan ditapis)
  • +-2 genggam garam
Penyedian:
  • Bancuh tepung sehingga sebati, Tambah 2 liter air selepas sebati jerang ke dalam kawah.
  • Masukkan gula dan garam dan kacau sehingga tepung agak likat baru masukkan santan.
  • Masukkan Bahan B dan Bahan C kecuali pisang yang dimasukkan ketika bubur hampir masak.
Tips;
  • Boleh masukkan lain-lain  bahan mengikut selera anda contohnya kacang kuda atau durian.
  • Kelikatan bubur bergantung kepada isipadu air yang digunakan.
  • Jika ingin masukkan gula merah, 1 kg yang dimasukan perlu kurangkan 1/2 kg gula pasir.
  • Gunakan -+ 4 helai daun pandan sebagai pewangi.

MEE BANDUNG


Jika diamati berbagai resepi dicipta bagi menyediakan Mee Bandung yang lazat...sama ada resepi yang berasaskan pengaruh budaya jawa mahu pun diolah mengikut rasa dan selera melayu. Resepi yang diketengahkan oleh Dapur Cita adalah berasaskan masa yang singkat untuk disediakan dan penggunaan bahan-bahan yang sedia ada di dapur anda....

Resepi di bawah adalah hilangan untuk 8 orang/1 kg mee

Bahan A:
  • 2 cekak cili kering (racik, rebus dan toskan)
  • 2 labu bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 3/4 cawan  minyak masak
Bahan B:
  • 100 gram udang kering
  • 1 biji kentang
  • 1 biji keledek (saiz sedang)
(direbus bahan di atas bersama dan blend)
  • 4 sudu kacang tanah tumbuk
  • 2 keping tauhu di potong dadu
  • 6 helai sawi.
Bahan C:
  • 200 gram daging dihiris nipis.
  • Udang (bilangan dan saiz ikut keperluan)
  • Telur (bilangan ikut keperluan)
Bahan D:
  • 4 sudu besar gula (atau secukup rasa)
  • Garam (secukup rasa)
  • 3 sudu sos tiram
  • 5 sudu sos tomato
Penyediaan:
  • Blend dan tumis Bahan A hingga garing dan masukkan daging biarkan hingga kering airnya.
  • Masukkan 2 cawan air , biarkan hingga mendidih.
  • Masukkan Bahan D dan udang biarkan sampai mendidih.
  • Masukkan Bahan B (yang di blen), diikuti dengan tauhu dan kacang tumbuk,
  • Pecahkan telur baru diikuti dengan sawi.
Tips:
  • Api perlu diperlahankan ketika telur dipecahkan bagi mengelak telur hancur
  • Jangan kacau sehingga telur hampir mengeras.
  • Sawi boleh juga dicelur kemudian, untuk menyelakkan terlalu layu.
  • Mee Bandung perlu berasa sedikit manis...


IKAN GERUT 3 RASA





Bahan A:
  • 1 ekor ikan gerut saiz sederhana (+-1kg) dibelah belakang - bersihkan. Garam kunyitkan dan goreng.
Bahan B:
  • 5 ulas bawang putih 
  • 5 ulas bawang merah
  • 5 tangkai cili kering                                                                                                                        ( diblend bersama)
  • 2" halia - dimayang halus
  • garam
  • gula 
  • 4 sdm sos cili
  • 2 sdm sos tiram
  • sebiji tomato (dipotong dadu)
  • sebiji bawang besar (dihiris nipis)
Penyediaan:
  • Panaskan minyak. Goreng ikan gerut sehingga garing. Ketepikan.
  • Keluarkan minyak dalam kuali sedikit utk menumis.
  • Masukkan bahan yang telah diblend.Tumis sehingga kekuningan dan agak garing. 
  • Masukkan halia
  • Masukkan sos cili dan sos tiram.
  • Tambah sedikit air.Kacau sehingga kuah masak dan mesra. Masukkan garam dan gula. 
  • Masukkan hirisan bawang besar dan tomato yang dipotong dadu
  • Tutup api dan curahkan di atas ikan.
Tips:
  • Hati-hati dengan penggunaan air bagi mengelakan kuah cair. Tepung gandum tidak diperlukan untuk memekatkan kuah kerana penggunaan sos cili dan sos tiram.
  • Asam jawa boleh digunakan untuk menggantikan penggunaan sos.

AYAM MASAK MERAH


Ayam Masak Merah sesuai dihidangkan bersama nasi tomato

Bahan A
  • Ayam 1 ekor +- 2 kg (letakkan garam kunyit dan goreng sehingga kekuningan - jangan terlalu garing) 
Bahan B (untuk tumisan)
  • 3 inci kayu manis
  • 3 kuntum bunya lawang
  • 5 biji buah pelaga
  • 3 bunga cengkih
  • 150ml minyak masak - hasil gorengan ayam tadi (ikut keperluan)
Bahan C
  • 2 genggaman lada kering (rebus dan toskan)
  • 3 inci halia
  • 2 inci lengkuas
  • 4 batang serai
  • 3 labu bawang besar
  • 4 labu bawang merah 
  • 6 ulas bawang putih (Semua bahan di atas diblend dan ditumiskan bersama Bahan B)
Bahan D
  • 1 cawan santan
  • 1/2 cawan tomato puree
  • 1 cawan sos cili
Tips
  • Serai dan lengkuas perlu diracik halus sebelum diblend
  • Jumlah santan akan mempengaruhi warna masakan
  • Seimbangkan rasa masam dengan gula
  • Berhati-hati dengan garam kerana ayam telah masin.

HOME MADE PIZZA


Bahan Roti Pizza
  • 4 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar minyak
  • 2 sudu susu tepung
(bahan di atas di gaul sehingga sebati)
  • peket mauripan (Yis)
  • 4 sudu teh gula
  • 1 cawan air suam
(Campurkan bahan di atas hingga berbuih)
  • 2 sudu teh garam (dicampur setelah campuran mauripan berbuih)
  • 1 biji telur
  • 1 sudu teh bred improver
  • 1 sudu teh shorterning
Uli semua bahan hingga sebati, biarkan sehingga naik 2 kali ganda (30 minit)

Bahan Sos Pizza
  • Tumis bwang merah dan bawang putih
  • masukkan tomato puree
  • buah tomato dipotong dadu
  • sedikit oregano
  • garam dan gula secukup rasa
  • kacau hingga pekat
Tips
  • Tuang sos ke atas pizza setelah sejuk. Jika ingin gunakan sosej, isi ayam (cincang) atau daging cincang masak bersama sos pizza.
  • Anda boleh letakkan pelbagai bahan mengikut selera anda sebagai topping
  • Taburkan Mozarella Cheese dan Pamesan Cheese.
  • Bahan di atas adalah untuk 2 pizza berukuran 10 inci
  • Pizza dibakar selama 15-20 minit dengan suhu 180 darjah celsius


Ice Cream Oreo





Bahan-bahan
Bahan A
1 Tin susu cair
1/4 Tin susu pekat manis
1 Biji telur
1 Sudu besar Ovelette

Bahan B
Biskut Oreo
Milo

Cara Penyediaan

  • Putar semua bahan B sehingga kembang dan gebu.
  • Masukkan oreo yang telah dipatah-patah atau dihaluskan.
  • Masukkan serbuk milo.
Tips

Kalau nak kurang manis, kurangkan susu pekat manis kerana biskut oreo dan milo telah sedia manis.

SPAGHETTI YANG SIMPLE

 
 

Pada cuti hujung minggu selalunya minum petang sempatlah disediakan juadah yang lebih berat, selalunya bihun atau mee sup bodo je. Hari ini cuba buat sedikt kelaianan untuk ubah selera, cuba masak spaghetti, anak-anak pula asyik merengek nak makan spaghetti. Dengan ruang masa yang terhad digagahi juga memenuhi pemintan anak-anak dan pada ruangan ini dikongsikan resepi masakan spaghetti yang paling mudah,tapi rasanya boleh le tahan.

Bahan-bahan :
  • 1/2 paket spaghetti
  • 1 tin sos prego tradisional
  • 1 labu bawang dipotong dadu
  • 3 ulas bawang putih dipotong dadu
  • 6 batang sosej dihiris nipis
  • keping daging kisar
  • Cendawan butang dalam tin dipotong kecil 
  • Garam
  • Gula
  • Air secukupnya
  • 1 sudu serbuk oregano 
Cara masak :
Spaghetti
Didihkan air, campurkan 2 sudu minyak  dan garam. Celur spaghetti hingga lembut, Toskan

Kuah spaghetti
  • Panaskan sedikit minyak. Tumiskan bawang putih dan bawang besar, masukkan daging kisar dan sedikit air
  • Masukkan sos prego. Masak hingga daging empuk.
  • Masukkan garam, gula, sosej, cendawan butang dan oregano. Biarkan masak dalam api perlahan.


LALA MASAK LEMAK CILI PADI



Sudah agak lama juga tak masak lala...hari ini ada kesempatan untuk ke Nat (pasar sehari orang utara) jumpa lala....harga agak mahal RM10/kg. Mungkin disebabkan di utara sekarang musim hujan...harap-harap taklah disebabkan harga minyak yang naik 20 sen tu...selalunya RM6/kg.

Bahan-Bahan Lala Masak Lemak Cili Padi:
  • 1. kg lala
  • 1 batang serai
  • 1 inci halia
  • 6 biji cili padi (merah)
  • 3 ulas bawah putih
  • 1 ulas bawah merah
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 250 ml santan ( 1 kotak kecil santan)
  • 1 cawan air
  • 1 biji lada besar (sebagai hiasan)
Penyediaan
  • Tumbuk semua bahan kecuali serai
  • Ketuk Serai
  • Masukkan santan san semua bahan yang telah ditumbuk ke dalam periuk.

Tips:
  • Api dinyalakan setelah bahan telah tersedia.
  • Api tidak perlu kuat dan perlu dikacau selalu bagi mengelak santan pecah minyak.
  • Hanya secubis garam diperlukan kerana lala telah masin.



KEK SNOW CHEESE

Kek Snow Cheese ni amat digemari oleh anak-anak, cuma yang agak malas nak buat sebab suami dah buka kilang gula...diabetes.... Kalau nak membeli mungkin tak larat tengok harganya.....Kerana dah lama diminta oleh anak-anak, kenalah gagahi juga...suami asyik jeling je...jeling kat kek la.....

BAHAN-BAHAN
  • 100 gram gula halus
  • 2 sudu makan ovellet
  • 6 biji telur ayam (buang 2 putihnya)
  • 100 gram tepung gandum
  • 60 gram tepung jagung
  • 50 gram air sejuk (dr peti ais)
  • 1 sudu teh baking powder
  • 75 gram mentega (dicairkan)
  • 1 sdt esen vanilla
UNTUK CREAM
  • 1 kotak cream cheese philadelphia
  • 1/2 tin susu pekat manis (satukan kedua bahan & putar sehingga tidak berketul)
UNTUK TOPPING
  • Mozarella cheese (parutkan)
TIPS:
Suhu ketukar 150 darjah calcius, Masa 45-60 minit

APAM POLKADOT


Apam Polkadot sesuai diambil semasa minum petang, Penyediaan yang mudah dan ringkas untuk disediakan. Selain daripada ianya mudah disediakan, warnanya yang boleh di variasikan dapat menambah selera dan menarik minat anak-anak kecil untuk menikmatinya.

Bahan-Bahan Apam Polkadot:

  • 3 biji telur dari peti sejuk
  • 1 sudu teh ovarlette
  • 2 1/2 cawan tepung gandum
  • 3 sudu teh baking powder (tepung gandum dan baking powder diayak sekali)
  • 3/4 cawan susu segar (atau susu tepung dicapur air)


Cara Penyediaan:

  • Masukkan semua bahan ke dalam pengadun dengan kelajuan tinggi selama 6-8 minit.
  • Bahagikan apam kepada beberapa bahagian dan warnakan mengikut kesukaaan anda.
  • Masukkan ke dalam piping bag dan masukkan ke dalam acuan.
  • Letakkan inti (kaya ke, coklat ke...)
  • Titiskan dot-dot.
  • Kukus 10 minit.


Tips:

  • Didihkan dahulu air  pengukus.
  • Sewaktu mengukus api tidak boleh terlalu besar....untuk mengelak apam merekah



PERIA KATAK GORENG BERLADA


Peria katak mempunyai khasiat yang baik bagi pengidap kencing manis, Jika diamalkan memakanya bersama sajian nasi dapat membantu menurunkan paras gula dalam darah.

Bahan Peria Katak Goreng Berlada:
4 biji peria katak
(dihiris nipis dan direndam air garam beberapa minit - untuk mengurangkan rasa pahit)
1 biji telur
6-8 ekor udang
2 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 biji cili
1 biji lada besar
1 biji lada hijau
2 sudu  minyak masak

Penyediaan:
Panaskan kuali dan tumis bawang merah dan bawang putih hingga kekuningan.
Masukkan telur dan kacau.
Masukkan peria dan udang.
Masukkan semua cili dan lada yang telah dihiris.
Tambahkan perasa  secukup rasa.

Tips:
Kalau ingin lebih ragup, rendamkan hirisan peria ke dalam air kapur beberapa minit kemudian cuci sehingga bersih.

KEK COKLAT MOIST


Bahan A

  • 1 3/4 cawan tepung gandum
  • 2 cawan gula pasir (blend)
  • 3/4 cawan serbuk koko
  • 1 1/2 sudu teh baking powder
  • 1 1/2 sudu teh bicarbonote of soda
  • 1 sudu teh garam halus
(satukan bahan di atas dan  gaul)

Bahan B
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 1 cawan susu segar atau susu tepung yang dibancuh
(Bahan B di digaul sebati)

Penyediaan
Campur Bahan A dan Bahan B sehingga sebati.
Setelah itu masukan 1/2 cawan air panas.

Tips
  • Gula perlu disukat dahulu baru blend.
  • Kalau guna Microwave 1200 w hanya perlu masa 6 - 7 minit.
  • Kalau guna Microwave 800 w hanya perlu masa 8 - 9 minit.
  • Jika mengukus / bakar masa yang diperlukan 45 minit dengan suhu 180 C

KEK PISANG


Bahan:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula ( kalau suka manis + 3 sudu besar lagi)
  • 1 cawan minyak
  • 1 cawan pisang lenyek
  • 4 biji telur
  • 2 sudu teh soda bicarbonat
  • 1 sudu teh vanila @ perasa pisang
  • 1 sudu besar ovelette
Penyediaan:
  • Blend semua bahan di atas kecuali pisang
  • Setelah sebati baru masuk pisang
  • Kacau sehingga berbuih.
  • Bakar selama 45 minit dengan suhu 180 C
Tips:
  • Pisang tidak perlu diblen bersama kerana untuk mendapatkan texture pisang.
  • Jika tiada oveltte tidak mengapa kerana ia hanya bertujuan untuk menggebukan lagi kek.

MUFFIN KISMIS HITAM



Bahan A

  • 1 ¾ cawan tepung
  • 3 sudu teh baking powder
  • ¾ cawan gula castor
           ( Digaul sebati)

Bahan B

  • ¾ cawan minyak
  • 1 cawan susu segar
  • 2 biji telur
  • 1/2 Penutup Esen vanilla
  • 1 cawan kismis
          (Gaul dgn perlahan)

Penyediaan

  • Campur Bahan A dan Bahan B
  • Isikan ke dalam acuan muffin


Tips

  • Panaskan dahulu oven dengan suhu 180 C
  • Bakar selama (15-20 minit)  
  • Kismis perlu didaul dengan sesudu tepung bagi menggelalan kismis tenggelam ke dasar.
  • Sewaktu menggaul telur, kacau dengan perlahan bagi menggelakkan muffin menjadi liat.
  • Kismis boleh di ganti dengan apa-apa buahan kering atau buahan campuran. 


KEK OREN


Bahan:
  • 1 ketul buttercup (250gm)
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 sudu teh baking powder
  • 1 cawan gula
  • 2 sudu teh emalco
  • Parutan kulit oren
  • 1 sudu teh asen oren
  • 5 biji telur
  • 1 sudu teh ovelette
Penyediaan:
  • Satukan  tepung dengan baking powder dan gaul sehingga sebati.
  • Putar butter dan gula hingga sebati
  • Masukkan telur dan putar hingga kembang
  • Masukkan emalco dan campuran tepung dengan baking powder
  • Bakar 180 C selama 40-45 minit.
Tips:
  • Parutan kulit oren daripada 1 biji oren memadai.
  • Parutan jangan sampai lapisan putih.


CHOCLATE CUP CAKE


Bahan 

  • 5 biji telur 
  • 1 cawan mentega/marjerin 
  • 1 cawan gula 
  • 1cawan tepung gandum 
  • 3/4 cawan serbuk coklat 
  • 1 sudu teh serbuk penaik 
  • 1 sudu teh esen vanila 

Cara Penyediaan: 

  • Pukul mentega dan marjerin sampai kembang. 
  • Masukkan telur sebiji sebiji. Pukul lagi sampai sebati br masukkan esen vanila. 
  • Masukkan tepung yg telah diayak dengan serbuk penaik dan serbuk coklat. 
  • Kaup balik dengan sudip. Tuang dlm bekas cup cake. Bakar 30 minit dengan suhu 175C. 

Untuk topping: 

  • 100g Coklat masakan 
  • 1 sudu mentega 
  • 1 sudu susu pekat 
  • cairkan guna kaedah double boiling. Dah cair, sejukkan baru tuang atas kek cawan.
  • Hias dengan manik hiasan. 

Tips
Double boiling-rebus air dalam periuk. 
Letak bahan2 dalam bekas tahan panas yang  lain, letak atas periuk yangg berisi air panas tadi. 
Bila coklat dah cair, tutup api.

DAGING MASAK HITAM

Daging Masak Hitam ini sesuai dihidangkan bersama nasi kandar atau lain-lain nasi berwarna.

Daging lembu 1kg - hidangan untuk 10 orang
(daging dihiris nipis dan lebar direbus empuk)

Bahan A (pes halia)
  • 2 inci halia
  • 5 ulas bawang putih
Bahan B (bahan tumisan - ditumbuk kasar)
  • 2 inci kulit kayu manis
  • 3 biji bunya lawang
  • 5 biji buah pelaga
Bahan C
  • 1 peket kecil serbuk kari daging
  • 1/2 peket kecil serbuk kurma
  • 1/2 peket kecil serbuk kari ikan
  • 2 Sudu besar serbuk cili
Bahan D
  • 5 sudu besar kicap pekat
  • 3/4 botol kecil kicap manis cair
  • 1/2 cawan air
  • 2 hingga 3 keping asam keping
  • 3 sudu besar bawang goreng - (ditumbuk halus)
Penyediaan
  • Tumis Bahan A dan Bahan B dalam 200 ml minyak
  • Sebatikan Bahan C dan tumis  sehingga pecah minyak.
  • Masukkan  daging dan Bahan D
  • Masukkan garam dan gula secukup rasa.
Tips
  • bilangan kepingan asam bergantung kepada keperluan.
  • bawang goreng bertujuan untuk memekatkan kuah dan dimasukkan setelah daging masak, tunggu sehingga naik bau.
  • masakan perlu dikacau selalu untuk mengelak berkerak dan hangit.
  • imbangkan rasa manis dengan gula kerana kicap sedia manis.
  • imbangkan rasa masin kerana kicap sedia masin.
  • guna air rebusan daging
  • seeloknya gunakan daging yang ada sedikit lemak untuk rasa yang lebih sedap.