Menu

APAM POLKADOT


Apam Polkadot sesuai diambil semasa minum petang, Penyediaan yang mudah dan ringkas untuk disediakan. Selain daripada ianya mudah disediakan, warnanya yang boleh di variasikan dapat menambah selera dan menarik minat anak-anak kecil untuk menikmatinya.

Bahan-Bahan Apam Polkadot:

  • 3 biji telur dari peti sejuk
  • 1 sudu teh ovarlette
  • 2 1/2 cawan tepung gandum
  • 3 sudu teh baking powder (tepung gandum dan baking powder diayak sekali)
  • 3/4 cawan susu segar (atau susu tepung dicapur air)


Cara Penyediaan:

  • Masukkan semua bahan ke dalam pengadun dengan kelajuan tinggi selama 6-8 minit.
  • Bahagikan apam kepada beberapa bahagian dan warnakan mengikut kesukaaan anda.
  • Masukkan ke dalam piping bag dan masukkan ke dalam acuan.
  • Letakkan inti (kaya ke, coklat ke...)
  • Titiskan dot-dot.
  • Kukus 10 minit.


Tips:

  • Didihkan dahulu air  pengukus.
  • Sewaktu mengukus api tidak boleh terlalu besar....untuk mengelak apam merekah



No comments:

Post a Comment