Menu

BUBUR ASYURA PERLIS


Bila masuk saja bulan Muharram, masyarakat kampung di utara terutamanya di Perlis akan berpakat untuk mengadakan gotong-royong menyediakan Bubur Asyura. Dapur Cita nak kongsi resepi versi kawah...

Bahan A
  • 4 kg tepung beras (dibancuh dengan air supaya tidak berketul)
  • 3 kg gula
  • 4 kilo santan
Bahan B
  • 1 kg kacang hijau
  • 1 kg kacang merah
  • 1 kg keledek (dipotong)
(Semua bahan di rebus sehingga hampir empuk dan ditoskan)

Bahan C
  • 7 tongkol jagung (dihiris)
  • 2 tin jagung krem
  • 3 sisir pisang mas (dipotong)
  • 200 g halia (diblen dan ditapis)
  • +-2 genggam garam
Penyedian:
  • Bancuh tepung sehingga sebati, Tambah 2 liter air selepas sebati jerang ke dalam kawah.
  • Masukkan gula dan garam dan kacau sehingga tepung agak likat baru masukkan santan.
  • Masukkan Bahan B dan Bahan C kecuali pisang yang dimasukkan ketika bubur hampir masak.
Tips;
  • Boleh masukkan lain-lain  bahan mengikut selera anda contohnya kacang kuda atau durian.
  • Kelikatan bubur bergantung kepada isipadu air yang digunakan.
  • Jika ingin masukkan gula merah, 1 kg yang dimasukan perlu kurangkan 1/2 kg gula pasir.
  • Gunakan -+ 4 helai daun pandan sebagai pewangi.

MEE BANDUNG


Jika diamati berbagai resepi dicipta bagi menyediakan Mee Bandung yang lazat...sama ada resepi yang berasaskan pengaruh budaya jawa mahu pun diolah mengikut rasa dan selera melayu. Resepi yang diketengahkan oleh Dapur Cita adalah berasaskan masa yang singkat untuk disediakan dan penggunaan bahan-bahan yang sedia ada di dapur anda....

Resepi di bawah adalah hilangan untuk 8 orang/1 kg mee

Bahan A:
  • 2 cekak cili kering (racik, rebus dan toskan)
  • 2 labu bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 3/4 cawan  minyak masak
Bahan B:
  • 100 gram udang kering
  • 1 biji kentang
  • 1 biji keledek (saiz sedang)
(direbus bahan di atas bersama dan blend)
  • 4 sudu kacang tanah tumbuk
  • 2 keping tauhu di potong dadu
  • 6 helai sawi.
Bahan C:
  • 200 gram daging dihiris nipis.
  • Udang (bilangan dan saiz ikut keperluan)
  • Telur (bilangan ikut keperluan)
Bahan D:
  • 4 sudu besar gula (atau secukup rasa)
  • Garam (secukup rasa)
  • 3 sudu sos tiram
  • 5 sudu sos tomato
Penyediaan:
  • Blend dan tumis Bahan A hingga garing dan masukkan daging biarkan hingga kering airnya.
  • Masukkan 2 cawan air , biarkan hingga mendidih.
  • Masukkan Bahan D dan udang biarkan sampai mendidih.
  • Masukkan Bahan B (yang di blen), diikuti dengan tauhu dan kacang tumbuk,
  • Pecahkan telur baru diikuti dengan sawi.
Tips:
  • Api perlu diperlahankan ketika telur dipecahkan bagi mengelak telur hancur
  • Jangan kacau sehingga telur hampir mengeras.
  • Sawi boleh juga dicelur kemudian, untuk menyelakkan terlalu layu.
  • Mee Bandung perlu berasa sedikit manis...