Menu

Showing posts with label masakan kampung. Show all posts
Showing posts with label masakan kampung. Show all posts

LALA MASAK LEMAK CILI PADI



Sudah agak lama juga tak masak lala...hari ini ada kesempatan untuk ke Nat (pasar sehari orang utara) jumpa lala....harga agak mahal RM10/kg. Mungkin disebabkan di utara sekarang musim hujan...harap-harap taklah disebabkan harga minyak yang naik 20 sen tu...selalunya RM6/kg.

Bahan-Bahan Lala Masak Lemak Cili Padi:
  • 1. kg lala
  • 1 batang serai
  • 1 inci halia
  • 6 biji cili padi (merah)
  • 3 ulas bawah putih
  • 1 ulas bawah merah
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 250 ml santan ( 1 kotak kecil santan)
  • 1 cawan air
  • 1 biji lada besar (sebagai hiasan)
Penyediaan
  • Tumbuk semua bahan kecuali serai
  • Ketuk Serai
  • Masukkan santan san semua bahan yang telah ditumbuk ke dalam periuk.

Tips:
  • Api dinyalakan setelah bahan telah tersedia.
  • Api tidak perlu kuat dan perlu dikacau selalu bagi mengelak santan pecah minyak.
  • Hanya secubis garam diperlukan kerana lala telah masin.



PERIA KATAK GORENG BERLADA


Peria katak mempunyai khasiat yang baik bagi pengidap kencing manis, Jika diamalkan memakanya bersama sajian nasi dapat membantu menurunkan paras gula dalam darah.

Bahan Peria Katak Goreng Berlada:
4 biji peria katak
(dihiris nipis dan direndam air garam beberapa minit - untuk mengurangkan rasa pahit)
1 biji telur
6-8 ekor udang
2 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 biji cili
1 biji lada besar
1 biji lada hijau
2 sudu  minyak masak

Penyediaan:
Panaskan kuali dan tumis bawang merah dan bawang putih hingga kekuningan.
Masukkan telur dan kacau.
Masukkan peria dan udang.
Masukkan semua cili dan lada yang telah dihiris.
Tambahkan perasa  secukup rasa.

Tips:
Kalau ingin lebih ragup, rendamkan hirisan peria ke dalam air kapur beberapa minit kemudian cuci sehingga bersih.