Menu

DAGING MASAK HITAM

Daging Masak Hitam ini sesuai dihidangkan bersama nasi kandar atau lain-lain nasi berwarna.

Daging lembu 1kg - hidangan untuk 10 orang
(daging dihiris nipis dan lebar direbus empuk)

Bahan A (pes halia)
  • 2 inci halia
  • 5 ulas bawang putih
Bahan B (bahan tumisan - ditumbuk kasar)
  • 2 inci kulit kayu manis
  • 3 biji bunya lawang
  • 5 biji buah pelaga
Bahan C
  • 1 peket kecil serbuk kari daging
  • 1/2 peket kecil serbuk kurma
  • 1/2 peket kecil serbuk kari ikan
  • 2 Sudu besar serbuk cili
Bahan D
  • 5 sudu besar kicap pekat
  • 3/4 botol kecil kicap manis cair
  • 1/2 cawan air
  • 2 hingga 3 keping asam keping
  • 3 sudu besar bawang goreng - (ditumbuk halus)
Penyediaan
  • Tumis Bahan A dan Bahan B dalam 200 ml minyak
  • Sebatikan Bahan C dan tumis  sehingga pecah minyak.
  • Masukkan  daging dan Bahan D
  • Masukkan garam dan gula secukup rasa.
Tips
  • bilangan kepingan asam bergantung kepada keperluan.
  • bawang goreng bertujuan untuk memekatkan kuah dan dimasukkan setelah daging masak, tunggu sehingga naik bau.
  • masakan perlu dikacau selalu untuk mengelak berkerak dan hangit.
  • imbangkan rasa manis dengan gula kerana kicap sedia manis.
  • imbangkan rasa masin kerana kicap sedia masin.
  • guna air rebusan daging
  • seeloknya gunakan daging yang ada sedikit lemak untuk rasa yang lebih sedap.

No comments:

Post a Comment